Orang melayu islam sekarang dah macam tak ada adab. Mencarut, mencaci maki ikut suka hati. apatah lagi dalam laman sesawang, petah sekali menghambur kata-kata kesat. satu dunia dapat menilai peribadi kita. igt bagus sgt. nak jadi gengster? bangga jadi gengster? igt org semua suka. Allah lagi tak suka... hidup kat dunia sementara saja. yg paling pasti dalam hidup ni adalah mati, yang lain semua tak pasti.
Pelik dgn sifat manusia sekarang yang berbangga-bangga dengan perbuatan buruk. Bangga digelar gengster.
Nauzubillah... bukankah fitrah manusia ciptaan Allah ini sukakan kepada kebaikan dan keindahan? Takkanlah dah terlalu tercemar minda manusia sampai tak boleh nak bezakan baik dan buruk. Haiwan pun tau, faham. Takkanlah manusia dah jadi lebih binatang dari haiwan.
Ingat asal usul.! semua orang sama saja. Datuk kita asal dari tanah. Ibu bapa kita dijadikan dari setitis mani. Tak ada yang mulia. Tetapi kita adalah khalifah. Kita yang mengawal minda kita sendiri, mengawal perbuatan sendiri, bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib sendiri.
Jangan bertuhankan nafsu
Jangan bertuhankan kelalaian
Jangan bertuhankan syaitannn!
Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia..
--> Nasihat untuk diri sendiri dan juga untuk orang yang ingin menerima nasihat.
Sunday, 6 November 2011
Saturday, 29 October 2011
Grilled chicken black pepper
Dah lama dah create blog ni, tapi tak sempat nak tulis apa-apa lagi. Petang ni baru lepas masak dinner untuk diri sendiri, ayam lada hitam panggang dengan nasi goreng. Alhamdulillah..kenyang sudah. (makan pun nak cerita kat org ke? apa la..) kena masak sendiri la sbb jadi bujang kejap. Isteri pegi pahang ada game petanque (sukan untuk warga emas ni..hehe) siapa-siapa nak main pun tak salah. aku je yang cakap sukan untuk warga emas. Aktiviti atau sukan apa pun tak salah, asalkan tidak melalaikan. Apa-apa pun yang melalaikan mesti la tak elok kan. Apa yang penting kita sentiasa patuh perintahNya dan tidak mengabaikan tanggungjawab.
Manusia seringkali melakukan kesilapan. Tetapi Islam mengelakkan kita daripada melakukan kesalahan dan kebodohan yang lebih besar.
Manusia seringkali melakukan kesilapan. Tetapi Islam mengelakkan kita daripada melakukan kesalahan dan kebodohan yang lebih besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)